KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.
Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29.
"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Feb tahun depan. Prosiding perbicaraan itu akan bermula pada 11 pagi," kata Siti Fatimah.
Terdahulu, Asmaa' memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan telah memfailkan representasi dan telah diserahkan kepada pendakwaan.
Akberdin mengesahkan pihaknya telah memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan dihadapi anak guamnya pada 28 Sept lepas.
Pada 13 Mac lepas, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya (ketika itu) Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.
Pelakon drama itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi, 2 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Pada 27 Julai lepas, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Pada 13 Mac lepas, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.
'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.
Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.
Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.
Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Pelakon Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.
Hafidz Roshdi sah cerai isteri talak satu
Pelakon, Hafidz Rosdi disahkan bercerai dengan isterinya, Shuhada talak satu pada Februari lalu, oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.
Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.
"Itu gambar anak-anak tiga minggu lalu" - Shuhada tak tahu apa niat Hafidz Roshdi
Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terkejut apabila dimaklumkan mengenai video dan gambar anak-anaknya yang dimuat naik secara pukal di akaun Instagram milik pelakon itu.
"Saya nak anak-anak..." - Shuhada mahu hak penjagaan, Hafiz Roshdi enggan komen
Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengharapkan mendapat hak penjagaan anak-anak mereka.
Selepas tiga bulan Hafidz Roshdi akhirnya berjumpa anak
Pelakon Hafidz Roshdi berkongsi keceriaan bertemu dengan anak-anaknya.